SINGAPURA, 12 April 2023 /PRNewswire/ — Hitachi Solutions Asia Pacific, sebuah syarikat penyepadu sistem global dengan keupayaan penyelesaian Microsoft yang terkemuka, telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Aplikasi Perniagaan Singapura dan Rantau Asia Pasifik di Microsoft Singapura 2023 dan Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahun Ini untuk Rantau Asia Pasifik.
Anugerah ini mengiktiraf Rakan Kongsi Microsoft yang telah menunjukkan fleksibiliti dan kepintaran dalam mencipta inovasi canggih di seluruh industri yang merangkumi sektor awam, perkhidmatan kewangan, pembuatan serta perusahaan bersaiz kecil dan sederhana pada Microsoft Cloud. Daripada Azure hingga Power Platform, rakan kongsi ini bekerjasama rapat dengan para pelanggan untuk memberi kesan yang positif kepada komuniti, merintis cara baharu dalam penggunaan data dan AI (kecerdasan buatan), meningkatkan seni bina keselamatan mereka, membangunkan cara baharu untuk bekerja dan berinovasi untuk masa depan digital yang lestari.
Hitachi Solutions Asia Pacific telah diiktiraf kerana menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang cemerlang dalam dua kategori. Kategori Aplikasi Perniagaan Rantau Asia Pasifik menyerlahkan kehadiran Hitachi Solutions yang kukuh dan pangkalan pelanggannya yang pelbagai di seluruh Asia Pasifik yang dilengkapi dengan perkhidmatan dan penyelesaian menegak berulang serta digabungkan dengan penyelesaian terbaik untuk Dynamics 365 dan Power Platform.
Manakala kategori Rangkaian Perniagaan Pintar Singapura pula memberi penekanan terhadap penerajuan Hitachi Solutions yang konsisten dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggan di negara ini yang memastikan manfaat perniagaan yang signifikan daripada pelaburan mereka dalam Dynamics.
“Kami berasa terharu kerana memenangi dua kategori utama dalam Anugerah Rakan Kongsi Microsoft ini,” ujar Toshimasa Watanabe, Presiden Hitachi Solutions Asia Pacific. “Melalui kepemimpinan dan amalan kami yang bertaraf dunia, kami berjaya mengusahakan projek transformasi serantau dan global yang rumit dan besar sambil memanfaatkan teknologi Microsoft yang sesuai. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan para pelanggan dalam penggunaan teknologi yang sesuai dengan keperluan mereka serta mendorong keputusan perniagaan yang lebih baik.”
Sebanyak 19 kategori di Singapura dan 9 kategori di Asia Pasifik telah dianugerahkan pada tahun ini dengan para pemenang anugerah dipilih berdasarkan kesan perniagaan yang positif hasil daripada penyelesaian, komitmen mereka untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa, nilai strategik dan kesan tinggi daripada penyelesaian mereka di pasaran serta penggunaan teknologi Microsoft mereka yang menjadi contoh.
“Tahniah diucapkan kepada Hitachi Solutions atas kemenangan sebagai Rakan Kongsi Aplikasi Perniagaan Singapura dan Rantau Asia Pasifik Microsoft yang Terbaik Tahun Ini,” kata Vivek Puthucode, Ketua Pegawai Rakan Kongsi Microsoft Asia Pacific. “Sebagai pemenang, Hitachi Solutions menjadi suri teladan tentang bagaimana Microsoft dan ekosistem rakan kongsi di rantau ini perlu sentiasa peka dengan perkara yang benar-benar penting kepada para pelanggan kami ketika mereka sekali lagi beralih kepada teknologi sebagai pembeza perniagaan yang penting dalam laluan mereka menuju pemulihan pasca pandemik dan pertumbuhan yang dikuasakan inovasi.”
Tentang Hitachi Solutions Asia Pacific Pte. Ltd.
Hitachi Solutions Asia Pacific membantu para pelanggannya berjaya untuk bersaing dengan perusahaan global terbesar yang menggunakan penyelesaian industri yang hebat dan mudah digunakan serta mampu milik yang dibina pada awan Microsoft. Hitachi Solutions menyediakan keupayaan global dengan pejabat serantau di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, India/Timur Tengah, Jepun dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://global.hitachi-solutions.com/.
Hubungan Media:
Nina Gonzales
Hitachi Solutions Asia Pacific
info@hitachisolutions.com
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2048910/Hitachi_Solutions_Logo.jpg